Pages

Monday, November 22, 2010

Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)

Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) merupakan proses penyambungan logam dengan menggunakan haba dari arka elektrik di antara elektrod tidak guna habis dengan benda kerja. Ia juga dikenali sebagai TIG (Tungsten Inert Gas). Kebiasaannya mengguna gas argon sebagai gas pelindung. Berikut merupakan kelengkapan mesin GTAW:
Kelengkapan mesin GTAW dan penggunaannya:
1. Mesin kimpal / bekalan kuasa - membekalkan serta melaraskan arus bagi menghasilkan
arka elektrik mengikut kesesuaian.
2. Pemegang elektrodmemegang elektrod tungsten & menyalurkan gas pelindung.
3. Bekalan air – menyejukkan pemegang elektrod melalui alirannya.
4. Alat atur & flow meter – mengawal aliran gas dari silinder ke pemegang elektrod.
5. Kabel kimpalanmenyambungkan pemegang elektrod kepada mesin kimpalan dan mesin
kimpalan kepada kabel adaptor.
6. Hos gas – menyalurkan gas daripada silinder melalui alat atur dan terus kepada pemegang
lektrod.

WELDING POSITION

Poster "WELDING POSITION PLATE" merupakan satu poster yang mempamerkan jenis-jenis kedudukan asas mengimpal bagi benda kerja yang berbentuk plat atau kepingan logam. Terdapat 4 jenis kedudukan untuk sambungan jenis fillet (1F, 2F, 3F dan 4F) dan 4 jenis kedudukan untuk sambungan jenis groove (1G, 2G, 3G dan 4G).

Monday, November 8, 2010

Asas Kimpalan Arka

Kimpalan merupakan satu proses penyambungan antara dua bahagian logam dengan cara melebur atau tampa meleburkan logam tersebut. Kimpalan arka elektrik membekalkan haba melebihi 6000 Darjah Celcius untuk meleburkan logam bagi tujuan mengimpal. Semua jenis kimpalan beroperasi automatik, separa automatik dan manual. Pemilihan yang betul jenis proses kimpalan yang sesuai digunakan adalah penting bagi memperolehi hasil kerja yang berkualiti. Antara perkara penting yang diambilkira dalam pemilihan jenis proses kimpalan adalah:

  • Keperluan masa depan.
  • Penyelenggaraan.
  • Ekonomi.
  • Keupayaan.
  • Keadaan sekeliling.
  • Kemahiran yang seimbang.
  • Pendawaian.
Berikut merupakan proses asa kimpalan arka:
  • Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
  • Gas Metal Arc Welding (GMAW)
  • Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
  • Flux Core Arc Welding (FCAW)
  • Submerged Arc Welding (SAW)